anakku seorang hafidz

anakku seorang hafidz

Saturday, 21 August 2010

aduhai kak long

21 Januari 1987.

Tanggal yang amat bermakna bagi ummi. Setelah setahun melayari bahtera hidup berumahtangga, tiba jua saat itu, mengutip detik pengalaman mengandung dan melahirkan seorang bayi - perempuan - Rasa sakit selama hampir dua hari hilang saat ummi menerima bayi itu, memandangnya, menyentuhnya dan menciumnya penuh syahdu.

Aduh...seandainya kak long mengetahui betapa sukarnya melahirkan itu..

Olehkerana itu merupakan pengalaman pertama, ummi menjemput emak di kampung untuk menemani saat-saat itu. kami berdua tinggal menyewa di rumah orang gaji di quaters pensyarah um. Bukanlah rumah dalam ertikata yang sebenar, tapi sebuah bilik dengan ruangan dapur dan bilik air yang sangat kecil, namun padanlah untuk kami berdua yang masih belajar ini. Dengan sewa 200 sebulan, ummi terbayang-bayang wajah abi yang sangatkelat berkira-kira ... dan di ruangan itulah emak turut merebahkan badannya sementara menunggu ummi melahirkan nanti. Arwah abah pula keseorangan di kampung.

Ya Allah.. betapa besarnya pengorbanan emak dan arwah abah meladeni segala kesusahanku dari sejak aku dikandung, dilahir, dibesarkan sehingga menjadi isteri orang ...

Masa itu ialah musim peperiksaan akhir untuk tahun 3 ummi di universiti.

Bayangkanlah.. kesusahan mengandung itu ditambah dengan keperluan menghadapi peperiksaan yang sangat penting dalam hidup ummi.Sekali-sekala terlintas dalam fikiran ummi untuk mengambil vitamin sebagai supplement..tetapi memikirkan pergantungan hanyalah kepada duit biasiswa yang tidak seberapa, ummi hanya memendam rasa dan sentiasa berdoa agar anak yang dikandung ini akan lahir sihat sempurna dan membesar sebagai buahati pengarang jantung pembela agamananti.

Saat itu tiba. Abi meminjam kereta kawannya untuk menghantar ummi ke hospital. Sebenarnya sakit itu hanya sedikit sahaja . Dek ketakutan dan tidak ada pengalaman, kami terus ke hospital. Lamanya sakit itu. Doktor mengambil keputusan memecahkan air ketuban tapi bayi masih lagi belum keluar. Ummi pula semakin lemah kerana sakit terlalu lama. dengan ehsan seorang jururawat, dia memberikan ummi sedikit air penghilang dahaga.

ummi tak pandai meneran barangkali. Akhirnya doktor terpaksa melakukan forcep untuk mengeluarkan bayi yang sudah kelihatan kepalanya..

Kak Long dilahirkan secara forceps. Dua hari permulaannya, ada tanda merah di kedus-dua sisi kepala k long dibekasi alat forceps itu.

Rasa-rasanya hampir 2 minggu k long dilahirkan, sepanjang tempoh itulah ummi terpaksa berulang alik ke kampus untuk mengambil peperiksaan. Terpaksa menumpang kereta kawan tadi.Ummi juga telah membeli sebuah alat seperti pelampung untuk alas duduk di atas kerusi bagi mengelakkan kesakitan.

Banyak lagi yang nak diceritakan...